Followers

Sunday, February 27, 2011

dah lama gua tak bukak email. sekali bukak dekat nak sampai puluh ribu jugak email yang tak berbaca. tengah sedap layan delete terserempak pulak dengan email nie. so gua kopipes dan share kat sini.

Seorang wanita tua mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.
Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit sementara pasu yang lagi satu masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.
Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun, wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya
Sebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana ia hanya mampu membawa separuh air daripada sepatutnya

Setelah 2 tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai. 

“Aku rasa sangat malu dengan diriku, kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu”  

Wanita tua itu tersenyum, “Sedarkah kamu akan bunga-bunga di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang lagi satu?”

“Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu, oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila kita pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyiram benih-benih bunga itu.  

“Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja”

“Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegini di rumah ini.”

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..
Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.
Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bunga-bungaan di laluan anda.

20 suara:

Mimie.Candy Cane said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahhh..meaningful skali....

lu skang tajuk panjang sekerat entry kan? hehehe

mimi jazman_MJ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ha... ada taman dalam hati ke ape ni?? hehehe.. anyway..org ni tetap agree.. perkongsian sesuatu akan jadi lebih bermakna dengan kelainan yang ada pada individu yang berbeza..

Me'aH said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dlm hati dh ada bunga2, dn pasu2 skali lar 2...
haha

gadisBunga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gua dengar nama gua disebut2 di sini. hins hins. :p

kesimpulannya, just be urself. maksud gua, lu jadi lu, gua jadi gua la. sebab kekurangan kita adalah kesempurnaan bagi org lain. eh?

tasekM said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kejap.

betul ke tidak gua di blog lu nih...




:p



.

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mimie >

patutnya cerita tu gua letak kat tajuk.. betul tak..

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mimi >

betul tu.. dalam erti kata lain.. ada kelebihan dalam setiap kekurangan..

setiap kekurangan itu ada kelebihannya..
..

sbg contoh.. kurang belajar akan lebih banggangnya..

nampak tak maksud kurang ngan lebih tu.. hahaha

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Me'aH >

kang gua nak tambah pokok kayu pulak.. pastu buat pagar sekali.. hahaha.. baru cantik..

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gadisBunga >

selalunya bila kita tahu kekurangan diri kita .. kita tak sedar akan kelebihan kita .. tapi orang lain pula yang nampak akan kelebihan kita so jangan mengeluh dan kalau kita tak tahu kelebihan kita .. kita tanya la pada orang yang tahu..



p/s: betul ke apa yang gua tulis nie.. gua pakai belasah je.. gua sendiri pun tak paham.. keh3x

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tasekM >

kejap.

gua baru nak belajar sesuatu yang meaningful nie tas.. lu jangan buat terkejut pulak.. kang kalau gua terkejut gua buat balik perangai lama kang.. hahaaa..


:)


p/s: gua buat entry nie lepas gua terkesan dengan entry lu aritu.. mende terkesan kesan nie dia punya efek mendalam tau..

cik fiza said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahh.. mendalam maknanya..
setiap org ada kelebihan dan kekurangan.. kdg2 kekurangan kita nampak sbg kelebihan bila kena pada tempatnya :)

h4ni3 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti si pasu retak senyum meleret lepas mendengar kata2 tuannya itu
:)

- GC - said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gua baca tajuk je. tak penah2 buat entri panjang2 camni, cam buang tebiat je. haha

DrSinga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kuat sungguh wanita tua itu mengangkat air ya...

Semarak Api said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

erk..ko delete smbil ko bc satu2 ke email beribu tuh..bguh2..

jo said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kena la terima gua gemuk..
ye dak?

fa.zila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aku nk share kt bl0g aku ~~ TQ
**tega**

six.september said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

gua takpenah pulak dapat email yang bulih bagi gua insap cengini

:) ohhKAUgedik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm pelik jee post ni? org yg post ni pon rasenye lagi pelik :P haha

gadisBunga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ko mmg sengaja tak bukak kotak komen kat entri baru ek?

meh aku nak komen kat sini.

*gua kagum sama lu okeh~*

sekian.