Followers

Monday, March 22, 2010

petua hilangkan batuk

air rebusan tebu untuk hentikan batuk yang tak reti nak berhenti..

petua dari jiran sebelah gua..

Ramuannya:

Tebu ( ambil bahagian batang saja )
Air
Lesung batu @ Hammer @ Siku
Periuk
Gelas

Cara-cara:

Kopek kulit tebu mengikut cara tersendiri.
Hasil tebu yang telah dibuang kulit itu dibelah lebih kurang .
Ketuk sikit lebih kurang guna lesung batu, kalau tak de lesung batu boleh guna hammer, kalau tak de jugak guna siku jer laa.. hentak la sesedap rasa.
Rebus tebu yang telah dihentak tu dengan air secukup rasa..
Time rebus tu tak payah la sampai tebu tu empuk sebab sampai subuh pun tak kan empuk punya..
Agak agak ar lebih kurang air tebu tu dah sebati dengan air rebusan tu ..
Angkat dan sejukkan. jangan masuk dalam peti ais lak.. dan jangan taruk gula..
Ambil gelas tuangkan dan minum. ( jangan la tuang gelas tu pulak .. tuang air rebusan tebu tu dalam gelas.. pahamm )

batuk tu nanti akan hilang la lebih kurang jugak...
sekian terima kasih..

4 suara:

sharamli said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hentak guna kepala lutut b0leh?

alhena said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

jadi ke petua ko nih?. aku amik ubat doc je. tu pun hari ni suara aku dh jadi ramli sirap.

myzatul~ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hohohoo.. bukan tebu berbise ke abg man? ti makin parah yooo...

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sharamli...» boleh.. tapi kalau hentak dengan buku lali lagi afdal..

alhena...» gua try itu hari ok jer.. hari nie minum besok dah hilang gua punya batuk..

myzatul...» tak pasti lak berbisa ke tak.. mungkin hasil rebusan tu dah hilangkan bisa dia kot..